Thursday, December 31, 2009

laaaa.... dah nak masuk tahun baru ker?

lama sangat xup date blog.. maklumlah bz memanjang nak kawin lah, balik kampung lah, pindah umah lah, kejar kerje lah.. macam2....

cakap pasal tahun baru ni, detik tahun baru dan ambang tahun baru ni.... rasa cam sadis plak pengakhiran 2009 ni.. sadis satu jer lah yang hepi 2 banyak lah....

apa2 hal tahun baru ni aku nak bagi peluang kat diri aku untuk belajar banyak benda disekeliling orang yang cerdik pandai nnati...

Sunday, October 18, 2009

bicara hati..

dah lama xup date blog.... sibuk? ada lah sikit... tapi xlah banyak pun... nak kejar kerje office sebelum cuti pnjang... yer... aku akan cuti panjang bulan 11 nnti.. insyallah moga2 apa yang dirancang berjalan lancar... apa yang penting slain memohon pada ALLAH ialah doa dari orang tua.. ma, abah doa darimu amat aku perlukan tika ini.... mlm ni sadis skit... memandangkan dah lama aku xupdate blog....

mgkin orang lain hepi menghitung hari yang bahagia kan... aku pun sama gak... saper xhepi.. nak kawin kan.... nak naik satu tahap yang mencabar skit... baru namanya kehidupan! kalau dulu seorang nnti berdua, kalau dulu masak skit nnti kena masak bajet untuk dua, kalau dulu basuh baju hanya baju kita jer nnti bertambah skit.... mcm 2 lah cabaran dengan mata kasarnya.. yang lain 2 pikir sendiri lah...

Sebelum aku luahkan panjang lebar untuk malam ni.. cehcehceh macam nak tulis wasiat plak... Nauzubillah... ingin kupuhon ampun dan maaf pada ma dan abah. maafkan anakmu ini, terlalu banyak luka yang anakmu ini dah calarkan pada sudut hati ma nga abah.. walaupun xnampak tapi jauh disdut hatimu... anakmu ini mengerti... tapi kerana sikap degil anakmu ini buat kalian reda dan pasrah.. maafkan kak za....

hampir 4 tahun masalah k.a membelenggu fikiran ma nga abah.... bertapa lamanya ma nga abah terpaksa lalui.... tapi keputusan mengejutkan ma nga abah tetap menjadi kegemaran kak za... maafkan anakmu ini..... bukan ku pinta.... kak za dah cuba ma, abah.... berat untuk ku putuskan berat lagi ma nga abah nak mengiakan....

Tika ini ingin saja kak za lari jauh dari semua.... tinggalkan apa yang ada disini... semua... kat sini xder ma nga abah... bila rindu kak za xbleh cri ma nga abah kat MID VALLEY, KLCC, TIME SQUARE.... xada ma.... ikutkan hati nak saja kak za balik mlm n umah....

dengan waktu yang semakin suntuk ni.. fikiran kak za semakin bercelaru..... kak za xtahu nak luahkan pada siapa lagi... mgkin disini jalan terbaik kak za bercerita..... lagipun kita xpenah kongsi ceritakan... dan malam ni dengarlah luahan kak za...

dah sebulan kak za xseceria dulu.. murung.... nangis2... dengan budak2 umah pun kak za dah jarang kuar... kadang2 dah rasa bersalah nga diaorang..... makan pun xmenetu.... kadang2 satu hari xmakan pun nasi.... hnya air mjadi alas... kerje pun dah xseperti dulu... sampai kak za kena tegur kat bos...

Andai dapat ku undurkan masa..... semua orang nak kan jika dapat? kak za rasa dah terluah ma... kak za rasa terbeban sangat... malam2 sebelum tidur... air mata yang temankan kak za, masuk office pagi xseceria dulu.... kak za xder semangat lansung... ni kan nak makan.... langsung xder selera... lapar mcm mn pun... kak za masih boleh tahan satu hari.... tengok lah nih..... kak za dah kurus maa.... kurus sangat2... kak za mcm dah xkenal diri kak za... xterurus dah..... sebelum kak za noktahkan luahan mlm ni... ingin kak za ucapkan, kak za sayang pada ma nga abah....

Tuesday, September 15, 2009

Sudah 2 tahun aku bergelar perantau... lama tuu walaupun korang cakap hek eleh baru 2 tahun nak kepoh... tapi bagi aku itu jangka masa yang lama... mana taknya.. sebelum ni duk berkepit jer nga orang tua... huhuuhu...

tahun lepas balik raya nga bas tambahan.. alhamdulillah... sampai gak ke kampung tanpa ada kejadian buruk yang menimpa aku. so, iktibar dari tahun lepas...tahun ni aku beli awal2 lagi tiket. 2 pun dah nak habis. so, bantai jer mana yang ada. dapat 17 hb... lagi dua hari aku akan tinggalkan kesibukan kota ni. alaaa.... hanya untuk sementara waktu jer.
Seringkali aku yang dipersalahkan... Mengapa? aku sudah tidak mengerti lagikah perasaan dia? tidak berbaloi lagikah apa yang aku korbankan pada dia? Ya TUHAN inikah balasannya... Aku serba salah, adakah benar kata-kata orang tua aku.... acapkali aku perhatikan, bukan sekali... aku banyak mengalah.. tapi kali ini aku tekad.. aku dah banyak berkorban... Cukuplah... Apa lagi yang bakal aku hadapi nanti... dugaan ini sudah aku xtahan... dugaan ini dah xmampu aku pikul... apa lagi ujian di depan kelak! tiada siapa lagi aku nak luah melainkan disini... merekakah yang xfaham kehendak aku atau aku yang terlalu ikut kata hati?

ahhh.... sudahlah mc'za, tika susah baru ko ingt susah? sedih?

Tika ini....

tika ini hatiku berbicara.....
benarkah apa yang aku mahukan?
tika ini hatiku berbisik....
benarkah aku mampu untuk hadapinya nanti?
tika ini hatiku resah gelisah....
benarkah apa yang aku harapkan?
Tika ini hatiku tertanya-tanya...
mampukah kau hadapinya nanti?
dan tika ini air mataku mengalir....
tanpa jawapan yang pasti...
tanpa ketenangan di hati...
tanpa secebis kata di bibir...

Monday, September 14, 2009

xper.. xper.. aku akan hengat...

Friday, August 28, 2009

ma masak kan kak za bubur lambuk
ma nnti kak za nak makan ikan bakar nga air asam..
mmm.... nak makan kerabu mangga lah...
ma kak za nak makan ayam masak merah, asam tempoyak, ayam masak kicap, ikan bakar, budu, tempoyak.lalalala blablablabla....

Thursday, August 27, 2009

Xcdent

Hujan turun xhenti2, dah lah puasa... runsing gak nih cam mana, last sekali tawakal balik gak ngan hujan renyai-renyai.. sampai taman permata... tiba2, debang!! terjelepuk aku kat bawah, kereta langgar dari tepi.. aku terkejut, terus bangun capai beg lap top terus ke tempat berteduh.. dalam kepala laptop jer aku sakit xper. bertapa sayangnya aku pada laptop. aku belek2 keadaan aku.. o.k setakat calar skit2 jer..tapi hati tetap runsing takut lap top xsedarkan diri, kalau dia kena hujan pun aku runsing apatah lagi kalau dia calar.. buruk pun xper, janji 2 harta kesayangan aku. alhamdulillah semua baik...

//:kalau dah sampai masa kat mana2 pun jadi gak wlaupun kadang2 benda 2 bukan salah kita.

Monday, August 24, 2009

dah seminggu tido pukul 3..
kalau g kerja 2 mata ntah mcm buka nga tak lebih kurang jer..
muka dah xberapa nak tuoch up dah..
tapi 2 dinamakan rezeki bulan puasa kan
naper? jeles ke?
alah apalah sangat saya ni nak jeles2
kereta xde
laptop pinjam
kalau nak jeles kat saya mmg buang karang lah
jeles gak?
naper?
xpayah lah...
saya orang biasa2 jer
smpan jer niat xelok 2
tuhan pun marah...
xjugak... nak berdengki gak?
hah! lantak ko lah
ada aku kesah!!

Friday, August 21, 2009

Ramadan

Di harap ramadan kali ini memberi 1001 rahmat bagi aku dan kalian..
keseronokan yang berlipat ganda andai puasa ini dapat berkumpul bersama kedua orang tua dan adik beradik....
tapi 2 semua hanya angan2...
masing2 sudah ada tanggungjawab...
harap2 tanggungjawab yang kalian pikul sekarang ni tidak memberi apa2 kesan pada orang tua kita...
walau dimana kita... ingatlah dari mana asal kita...


buat: kak long, kak na, ninie, miha dan adik.

Sunday, August 16, 2009

Selamat Ulang Tahun....

hari ni hari lahir arwah...

nama: Afarihan Mamat
Umur: 29 tahun
kerahmatullah: 29 mac 2008

Kenangan arwah xpenah aku lupa...
hanya dia abang aku.. xde pengganti, baik buruknya tetap abang aku walaupun dunia kita berbeza.
adikmu sentiasa doakan kesejahteraan mu di sana...


Alfathihah..............

Friday, August 14, 2009

Tuesday, August 11, 2009

barang2--------------- sudah
borang--------------- sudah
kursus--------------- sudah
test darah------------ belum
tarikh---------------- sudah
lamanya xup date blog.........

Monday, August 10, 2009

xder gaji


bulan ni aku xde gaji.... tapi tetap cool
kehulur ke hilir mambuang duit untuk kepentingan peribadi..
tiba2 pergi check dalam ATM... alamak! mana habis duit aku?

//abah! abah hensem, abah kacak, abah cool, abah baik, ahaks (puji ada makna)

Saturday, August 1, 2009

Hepi besday Maa....... ke-52

ini kad ucapan untuk ma...

maaf kak za sempat post kat sini jer..

Wednesday, July 1, 2009

Disaat Keboringan Melanda di Office






//inilah xtvt kami bila bos xder... best woooooooo......... bukan niat nak mengular tapi sekadar lepas tension. hehehe

Wednesday, June 24, 2009


mereka yang selalu temankan saya kat ofice

Monday, June 22, 2009

laaa...... bank muamalat ker? ingatkan bank rakyat

Redbull nga air jambu boleh wat orang lalok ke? mcm mana aku boleh xsedar akan persamaan itu.. BANK MUAMALAT. kad tangan aku BANK RAKYAT. yakin sungguh tika itu memberi syarahan kat 'pok guard' yang aku yakin no aku 2 betul... pak cik naper mesin ni asyik duk minta no akaun jer? saya dah 3 kali masuk. ke barapa kali? nombor xcukup 2.. cuba tanya kawan. baiklah. nun betul ker no 2. nanti aku baca sekali. ha ah betul lah 2. 'pok guard' betul lah kawan saya cakap no ni... adik tulis kat kertas ni, pak cik g cek dalam komputer. baik. adik buat kat mana? jerteh jawab ku yakin. jerteh 2 kuala terenganu ker? ehhh bukan besut.. makin yakin... BANK MUAMALAT mana ada kat jerteh. kat k.t (singkatan kuala terengganu) ada lah. BANK MUAMALAT? ini bukan BANK RAKYAT ERK? laaaaa.... bukan lah.... oooo yer ker? baik. terima kasih pak cik.

//aku blah tanpa sedikit pun toleh ke belakang.. baboon ko mc'za, otak ko kat mana? dah xboleh nak beza ker BANK MUAMALAT nga BANK RAKYAT

Tuesday, June 16, 2009

Saya ada beberapa senarai yang dianggap perancangan yang cukur terancang. KONON!

tapi bila duit melampaui dalam bank, mula lupa diri. beli itu dan ini. bila jalan buat hidung tinggi walapun 'idung kepek'. bila bercakap mulut muncung sana muncung sini. masuk kedai nak yang kelas2 atas xpandang bawah. Apa kejadah ini semua?

HUTANG TERTUNGGAK:

1. MARA- dalam 18,000 + 1500 = 19,500
2. LOAN PAMA( sebab janji nak bayar) = 2500+1000 =3500
3. Kat KOLEJ hr 2 sebab kerani dia macam BODO + SENGAL dikatanya aku telah berhutang sebanyak 2500, sedangkan masa aku nak kuar kolej hari 2 beria2 aku tanya ada HUTANG tak tapi diaorang cakap xde xde xde dan last sekali call cakap aku perlu lunaskan HUTANG. habis binatang kat hutan aku bagi kat dia... walaupun aku buat2 xbersalah, tapi HUTANG tetap HUTANG..

// tiba2 hangin satu badan.... malas nak cntineu gara2 kerani yang BODO 2.#*%(^&..

Monday, June 15, 2009

rasa balik kali ni xmau datang dah....
nak duk umah jer...
xpayah bangun pagi2 g kerja...
xpayah tertekan kena marah kat bos..
xpayah sibuk smpai tengah malam nak siapkan kerja
xpayah seme...
kan kan kan
kalu balik umah boleh bangun suka2 hati
paling komang pun kalu xdengar suara bising ma kat dapur untuk masak tengah hari...
pas2 nak kuar g bandar cari abah
xpun call cakap
"abah nak duit"
tak pun duk tepi pintu wat muka senyum kambing
gerenti abah dah faham...
pas2 dapat duit mcm biasa....
kan kan kan
mmmmm..........
baiklah mlm ni kita kemas semua barang
xboleh xboleh...
aku kan anak baik
anak baik xsusahkan orang tua dia
baiklah xjadi....

Friday, June 12, 2009

Kalau ikutkan hati ni nak jer ckap

Aku benci kau!

Tapi aku tak mampu...
  • bila aku sedih ko jgak yang aku duk meluah sampai meleleh air hidung ni..
  • bila aku bengan ko jgak yang duk tadah telinga dengar masalah aku ni xkira masa.
  • bila aku nak bermanja ko jgak yang berikan kasih sayang kat aku
  • bila aku boring ko jgak tempat aku menyakat sampai ko plak naik tension kat aku
  • bila tension kau jgak tempat aku hamburkan segala maki hamun...
  • bila serabut kau jgak yang tolong hentikan aku melalak2 sampai kuar anak tekak
  • bila aku diam ko jgak yang wat lawak tahap baboon 2 supaya aku kembali senyum
  • bila aku hepi kau jugak yang berada disisi aku
  • dan bila kita gaduh macam ni lah jdi nya........ haih, aku lepaskan geram kat blog
Sepatutnya hr ni dah ada kat umah...
bermanja2 dengan comel dan bucit,
mesti diaorang tertunggukan kehadiran saya..
saya rindu sangat kat diaorang..
comel.. dah lama xbercerita nga dia..
rindu sama kamu (peluk mmmmm)

Maaf

Kepada sesiapa yang rasa dirinya kecewa, marah, geram, menyampah, meluat, bengan, dengan tindakan saya, perangai saya, kelakuan saya, saya minta maaf............
yang buruk dari saya yang baik semua dari Allah SWT.

Wednesday, June 10, 2009

anjing #*_1$%

Anjing kontok mana ntah kejar aku pagi2 nak g kerja tadi.. macam lah laju sangat nak kejar aku naik motor.. aku mcm dengar smthing kat belakang.. bila aku palingkan muka aku nampak anjing terjelir2 kejar kami.. aku aper lagi.. tin..... anjing......... fatin pun pecut lah motor nga kaki aku terangkat ke atas... hahaha. nnti ko... aku jumpa aku nak baling nga batu. mmg dajal sungguh anjing 2..

//
cuba bayangkan sekejap dengan berbaju kurung, kaki terkangkang kat atas motor.

Tuesday, June 9, 2009

Binatang Peliharaan saya

jONET, jOJET, jUNOH, jOWO, jINGJAMEN, jESBON

binatang peliharaan saya kat ofis...
xcerewat nak jaga diaorang ni
sebab xmakan dan xberak...
suka sangat jaga diaorang yang mimik muka yang macam2 ragam.

Saya suka diaorang walaupun diaorang xpenah cakap yang suka tak kat saya.
memandangkan tahap kemiskinan saya yang melampau2,
saya telah serahkan jesbon pada keluarga angktnya..
mungkin dah lupa diri dia sekarang sebab anak tunggal..

// nnti saya tunjukkan gmbar dorang yang cute2 2..

Saturday, June 6, 2009

Hari : Sabtu (hari Agong)
Tarikh : 060609
Lokasi : Office

Wah! Terkejut plak hari ni aku datang ofis.. Semata2 kerja yang terbengkalai.. Aku kena datang jugak untuk siapkan.. Mungkin bukan 100% tapi sekurang2nya boleh ringankan beban aku..

Fuh! lega sikit... kerja dah hampir siap.. Sekurang2nya muka aku dah tak berkerut macam nenek aku yang usia 90 tahun.

Friday, June 5, 2009

aku xbole tidur...
xtau naper..
semalam pun sama..
2 pun paksa..
malam ni...
still xboleh tidur..
pun xtau naper..
last sekali capai laptop..
buka blog..
korang tau tak naper..?
mmm.....
aku banyak pikir ker?
pikir kerja xsudah2 ker?
tak pun...
hah! pikir pasal nak kawin kot?
mmm....
macam xlogik...
xkan sebab sumo buat bising kat luar...
ada lah jgak skit2..
tapi mmg betul...
ada benda yang aku duk pikir..
semalam...
aku buat2 tidur lepas tgok citer aper ntah
sedih sangat...
cerita lama..
yang anak lima 2, pas2 bapak dia mati dan lepas 2 mak dia mati 2
hah! citer 2 lah
aku nangis2...
rindu kat ma nga abah agaknya...
ha ah, aku rindukan diaorang...
betul... xtipu pun...
agak2...
ma nga abah rindukan aku tak?
ya! aku tahu....
k.za pun sama ma...
aku nak wat ucapan ni!
untuk ma nga abah
k.za betul2 rindukan ma,
cerita2 ma yang selalu up date 2...
rindu abah bila abah wat lawak...
kita kuar makan together2.
kita borak2 sampai gelak pegang perut...
dengan adik2 yang lain..
kita makan angin sama2.
kan ma & abah..!
walaupun k.za xpebah ucap nga kata2
k.za rindu kat ma nga abah.

Tuesday, June 2, 2009

Tuesday, May 26, 2009

Awak tau tak naper sampai sekarang saya bertahan nga awak? sebab awak sebenarnya seorang penyayang walaupun nampak macam orang jahat.

Awak tau tak naper sampai sekarang saya still nga awak? sebab perangai awak nga saya lebih kurang jer. sama2 bongot..

Awak tau tak kenapa saya sentiasa ingin bersama awak? sebab walau aper pun terjadi awak akan dahulukan saya walaupun kadang2 saya xboleh menerimanya.

Awak tau tak naper saya pilih awak? sebab awak tetap cari saya walaupun keadaan kadang-kadang xmenyebelahi awak. tapi awak tetap pertahankan saya dulu.


tapi aper yang penting? KERJASAMA...




o.k senyum.......
senyum lebar-lebar........
lagi sikit....

Alaalaalaaa...
Cute kan..






// Sayang, i dah berikan u baby cute. aper lagi u inginkan dari i.. nah amik!

Saturday, May 23, 2009

minggu depan aku balik kelantan. mungkin aku xberkesempatan nak balik umah sebab masa tak mengizinkan aku berbuat demikian. Tapi aku akan balik minggu selepasnya untuk selesaikan perkara yang tertangguh ni.. insyaallah... doa2kan...

Tuesday, May 19, 2009

  • Bila aku sakit gigi kat sekolah dia sanggup mai jumpa cikgu semata-mata nak bawa aku gi klinik.
  • Dia drive 4 jam untuk jumpa aku 10 minit dan berikan kan aku hadiah.
  • Dia sanggup habiskan masa dia 2 jam untuk sembang nga aku tiap-tiap hari. Dan bergayut kat kedai sampai aku kenal tuan kedai tu....
  • Bila aku naik kemaman, masa aku naik kereta ada sejambak bunga atas kerusi.. baunya... aduh! pening kepala dibuatnya, tapi aku suka sebab dia begitu romantik bagiku masa 2...
  • Bila aku pergi rumah dia, dia tunjukkan aku bilik kami. dan rumah yang akan kami tinggal nanti.
  • Bila aku pergi umah dia mak dan ayah dia buatkan kenduri kesyukuran untuk aku...

sweetkan...........

Al-Fathihah buat
MAHADI HJ ALI


Monday, May 18, 2009

Saya tengah pening ni....

Nak urgent, tapi semua xlengkap lagi, macam mana? haihhh...... kepala ni mula buat hal.. mungkin dah lama xservice.

  • Ayat-ayat al-Quran ada yang xsama nga maksud dia.
  • pas2 ader yang xder baris, ader yang ader baris
  • pas2 nak suh design lain plak.. cari gambar.. 47 tajuk nak suh cari gambar.
  • pas2 ayat aku xtukar lagi yang baru dapat, ISBN baru apply..

25 hb nak masuk kilang. macam mana? haihh... saya dah pening ni.....

Thursday, May 14, 2009

Galah panjang: yang! kalau kita buat hujung tahun ni boleh tak?

Cekeding: alaaaaa, i dah pikir dah tarikh ni.... 20062009, cantikkan?

Galah panjang: lorr... dekatnya... sempat ker?

Cekeding: erk.. xsempat ker?

Galah panjang: mana sempat..... kan huru-hara plak.

Cekeding: Alaaa.... i dah berangan2 dah.. xkan xboleh..

Galah panjang: xboleh....


moral//: jangan terhegeh2 pada yang xsudi.

Wednesday, May 13, 2009

Kepada : ma
Tujuan : Ucapan Hari Ibu
Time : Pagi (Rabu)
Lokasi : Ofice


Maa.....


Selamat Hari Ibu

K.za sayang ma

Friday, May 8, 2009

Siapa aku?

  1. orang cakap aku ni kalau benda yang aku xsuka air muka aku cepat nampak. kalau aku marah orang akan perasan pada wajah aku..
  2. Kalau perkara yang melibatkan ma nga abah aku akan nangis sampai bengkak mata... xtau naper... dari dulu lagi aku cam2.. Abah deman skit pun aku dah nangis dekat sebesen kat belakang.. sius.... aku mmg sayangkan ma nga abah.. Tapi.............
  3. ada orang cakap aku ni cepat mesra... ntah.. (patutpun dia 2 kalut jer)
  4. Aku sebenarnya kaki jalan, tapi sejak 2 menjak ni aku lebih suka duk umah.. tido...
  5. Aku suka dengar lagu dan rosakkan lagu... bila nyanyi aku suka menokok nambahkan lagi menjadi makin xsedap bersertakan suara yang xsedap langsung ni.. hihihi
  6. Aper lagi erk.....
  7. Aku sebenarnya xsuka menyusahkan orang, tapi pada masa yang sama aku telah menyusahkan orang.. haih.....
Kalau korang rasa ader lagi perkara berkaitan dengan aku yang aku xtau.. bagitau... aku janji xkan marah lah. huhuhuhuhu.....
Sampai depan umah, aku melilau mencari sesuatu, rindu sangat kat dorang.. mana ni.... aku panggil comel dengan lantang. "Commmeeeellllll" terkocoh2 comel datang padaku sambil mengiau manja. "rindukan aku gamaknya..." aku peluk, cium.. rindunya kat comel. peluk kuat2.. tapi Buncit mana? aku tanya comel. "comel, buncit mana?" comel mengiau lagi.. Aper bodoh lah aku tanya comel... aku panggil buncit berkali2... sambil comel terkedek2 ikut aku dari belakang. ke mana aku pergi dia teman kan aku.. aku naik atas tanya adik, adik xtau... aku panggil lagi.. kuat2... dari jauh aku dengar sayup2 buncit mengiau, aku ke dapur.. xder buka bilik air lama, aku nampak bucit tersangkut kat atas... aku turun ke bawah dah ambil bucit. turun jer terkinjal2 aku tengok dia.. "mungkin rindukan aku gak". aku mmbuat firasat sendiri.

//: Rinduku pada korang xpenah surut walaupun korang hanyalah binatang. Comel pernah dengar masalah aku walaupun xfaham tapi dia terkebil2 tengok aku bercerita sambil mengerakkan telinga.. itu tandanya dia pendengar yang baik.. dan temankan aku bila aku sunyi, dan berada disisi aku bila aku bersedih, tidur bersama aku bila aku keseorangan.. comel... ko tetap dihatiku.. muah muah....

Wednesday, May 6, 2009

baru balik dari kampung.. rasa macam xpuas lagi... xtahu naper... banyak kemungkinan.. lagipun aku balik hari 2 hari yang sibuk untuk ma, sampai xder masa nak duk umah.. hari jumaat aku kuar hantar barang kat padang luas. lepak2 kat umah pas2 pusing2 area situ. Abah plak masa 2 g k.l.. aku duk sibuk nak balik kg, abah plak mai k.l.. tapi tanggungjawab sebagai ketua keluarga macam 2 lah... aku xmarah pun. pas2 malam 2 sedang kami sibuk nak kuar makan, bapak sedara aku mai minta tolong hantar wife dia nak beranak. pergi lah kami segerombongan ke hospital.. dalam kul 10, kami beredar ke kedai makan dulu... lepak sampai pukul 11.30.. bukan suka2 nak lepak k, lepak lama kat situ sebab diaorang lambat buat order kami. sampai adik, angoh nga kakak xmakan. heheehehe padam muka! pas2 kami ke hospital balik, aku dengan hati yang riang.... yang lain duk bersungut2 kat belakang. ader aku kisah! heheheehe.. sampai kat hspital, ma cakap lambat lagi baru 1.8 mm, so kami balik dulu... sampai umah xsampai setengah jam pak sedara aku call cakap wife dia dah beranak. masa 2 hujan nga kilat petir lagi....... takut gak aku... sabtu aku kuar pagi2 lagi dari umah nak g jalan2 punya pasal... sampai aku berselisih nga abah. hehehehe, pas2 buat2 muka xbersalah... aku singgah dulu hospital, ingat boleh tengok baby, tapi baby ada masalah paru2 plak sebab masalah sumbing.. so, nak kena kejar ke hospital besar plak, jadi ma yang diminta temankan baby ke hospital kubang kerian, mak baby 2 xboleh pegi.. abah plak ajak aku nga adik pergi k.b nak amik ma.. jalan lagi lah..... pusing2, soping2, kul 12 malam sampai umah.... Malam 2 aku kemas almari... baju yang banyak membuatkan aku bersemangat berkobar2 untuk mengeledah dan sumbat ke dalam beg plastik hitam. pas2 aku pesan kat ma, bagi2 kat sesiapa yang nak kan baju aku yang besar gabang 2... sampai kul 2 pagi aku duk geledah baju 2... sedar2 kul 11 pagi baru bangun. heheheheehe.....

Wednesday, April 29, 2009

sudah 2 malam aku buat sembahyang istikarah. Alhamdullilah, sedikit tenang tiada perasaan gundah dalam hati. Andai takdir tentukan aku, aku rehda.. aku terima.. sesungguhnya aku manusia yang kerdil disisi-Mu, dengan keadaan sekarang aku kena terbuka menerima setiap dugaan yang menimpa aku... Allah maha mengetahui dan setiap dugaan-Nya ada hikmat disebalik kejadian.
Seikhlas mana pun kita dalam sesuatu perkara tapi jika tidak kerana kerehdaan-Nya, jiwa kita tak kan tenteram.. dan hari ini aku mempelajari sesuatu yang bermakna dalam diriku.. semoga Allah sentiasa memberi sikap aku begini.

Tuesday, April 28, 2009

Apa perasaan anda bila abah korang cakap..

"sekarang abah serahkan kerja abah untuk kamu, tolong handle kan semua projek abah,
dah tiba masanya abah rehat.. "


wah! macam dalam drama tv plak kan..

  • k.za nanti tolong masukkan cek dalam bank
  • k.za nanti pergi bank ambil duit bg kat ma sruh ma bayar duit kat pekerja.
  • k.za nanti isi borang 'tender' ni.
  • k.za nanti ikut abah gi tengok.....
  • k.za nanti bagi duit kat driver case beli minyak.
  • k.za nanti balik suh ma masak nasi untuk pekerja yang dekat umah 2.

banyak benda aku kena tahu, walaupun xterasa tapi sedikit demi sedikit benda tu dah aku pikul. tengok dah senget bahu aku duk pikul. berat tau.. kadang2 2 sampai sarat kat kepala...

// hek eleh poyo kan? ko berangan erk? tapi..... mungkin juga kejadian seperti dia atas xkan menimpa pada aku... sebabnya.... hehehehe aku kemaruk nak kahwin..


Saturday, April 25, 2009

aaaaaWWoooook!

Thursday, April 23, 2009

MUNAJAT CINTA - malam ini ku sendiri, xada yang menemani. seperti yang malam2 yang sudah2... hati ini selalu sepi.. xada yang menghiasi seperti cinta ini... yang selalu pupus.. tuhan kirimkan lah aku kekasih yang baik hati, yang mencintai aku apa adanya... mawar ini semakin layu, xada yang memiliki seperti aku ini... semakin pupus.. tuhan kirimkan lah aku... kekasih yang baik hati... yang mencintai aku... apa adanya... (3x)
Untuk beberapa detik ni aku xperasan aper yang aku buat dan habiskan masa yang ader selepas balik kerja..mmm.... sius aku xperasan... aper aku buat erk... Cuti minggu lepas aku ada xtvt kat PWTC, 2 pun sekejap jer xtvt tu.... selebihnya aku buat aper erk? nak kata kami g masuk panggung, xder plak.... nak kata bz, mmm...... musykil gak ni... minggu ni pun xtau aku nak buat aper.... lepak kat umah lagi kot. dan hari ahd aku ada xtvt gak kat PWTC. ntah buat aper ntah.. aku follow jer diana. minggu depan satu lagi baru aku tau... aku nak balik kampung lagi setelah hampir 2 bulan xbalik kampung. mmmm.......Rindu bangat sih! Bucit wat aper erk? dah besar ker? Rindu kat bucit.... Buncit tunggu kepulangan ku O.K bebeh.
2,3 hari ni kepala aku sakit... xtau naper.... ntah ader binatang aper kat otak aku pun aku xtau... jangan duk makan otak aku dah, kan xpasal2 xbetul plak. setakat nak kulung buat lah.. jangan main2 k!

Thursday, April 16, 2009

Wednesday, April 15, 2009

sia2 sudah, kita jalin cinta, bila hati slalu berbeda, smpai kapan lagi, ku harus menahan, rasa kecewa di dalam dada, seandainya kita masih bersatu, xmungkin kan menyatu walau masih ada sisa cinta biarkan saja berakhir sampai disini. tiada lagi yang kuharapkan , tiada lagi yang ku impikan, biar aku sendri tanpa dirimu.. tiada lagi kata cintaku , xkan lagi ku bersamamu, biar ku simpan semua kenangan ku bersamamu. smpai kapan lagi.... ku harus menahan.. rasa kecewa di dalam dada. seandainya kita masih bersatu xmungkin kan meyatu walaukan msih ada sisa cinta biarkan saja berskhir smpai disini. tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang ku impikan biar aku sendiri tanpa dirimu, tiada lagi kata cintaku takkan lagi ku bersamamu biarku simpan semua kenagan ku bersamamu..


apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti, air mata tertahan... waktu untuk dijatuhkan.. nnti kitakan tahu.. bertapa bijaknya hidup, sepahit apa pun inti, pelajaran yang bererti, semoga kepergianmu xakan merubah apapun semoga mampu kulawan kesepianku... nnti kitakan thu.. bertapa bjaknya hidup, sepahit apun ini, pelajaran yang bererti, semoga pemergiamu xkan merubah apapun semoga mampu kulawan kesepian ku..


Tertutup sudah pintu, pintu hatiku... yang pernah dibuka waktu hanya untukmu kini kau pergi dari hdupku, ku harus selakanmu walau aku xmahu... berjuta warna pelangi didalam hati, sejenak luluh bergening berjauh hati xada lagi cahaya suci semua nada beranjak aku terdiam sepi, dengarlah matahariku suara tangisanku ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku ucapkan matahariku puisi ttng hdupku ttgku yang xmampu menegurkan waktu.. ooo... berjuta warna pelagi ddlama hati sejenak luluh bergening menjauh pergi xada lagi cahaya suci semua nada beranjak aku terdiam sepi...


kuteringat hati yang bertabur mimpi kemana kau pergi cinta... perjalanan sunyi engkau tempu sendri kuatkan lah hati cinta... ingatkan kau kpd embun pagi bersahaja yang menemani mu sblum chaya, ingatkan kau kpd angin yang berhembus mesra yang mmbelaimu cinta. kekuatan hati yang berpegang janji gngamlah tanganku cinta ku xakan pergi mngalkan mu sendri tmani hatimu cinta... ingatkan kau kpd embun pagi bersahaja yang menemani mu sblum chaya, ingatkan kau kpd angin yang berhembus mesra yang mmbelaimu cinta. kuteringat hati yang bertabur mimpi kemana kau pergi cinta... perjalanan sunyi yang kau tempuh sndri kuatkan lah hati cinta......
kenpa orang xpenah nak faham kehendak aku... keinginan aku... kenapa mesti dihalang lagi...

Tuesday, April 14, 2009

maaf..... xsempat nak sambung story, ade kerje skit..daaaaa

Wednesday, April 8, 2009

cerita 4-bab 1 (Paksa)

Dulu masa sekolah menengah dulu aku ada gelaran tau.... kalau bagitau jangan gelak k... "mc za tonggek". xtau lah naper aku ader galaran seumpama 2.... jahat kan diaorang 2.... mula2 2 bengan gak... lama2 xkisah lah ko nak pangil ape pun... masa form 1 aku adalah salah seorang ahli kelab golf, masa 2 semua wajib kena ada kelab. ingatkan kelab golf hanya sekadar kelab sbb xder tempat pun nak main. inikan padang golf kayu golf pun xder, so... ingat daftar sekadar nama je lah.. konon2.... selang sebulan cikgu kelab agihkan jadual sruh trun berlatih... pening gak... aper xder tiba2 sruh trun berlatih... ape hal!... baru2 latihan aku xtrun main... pas2 nama aku naik kat papan kenyataan... kena warning plak! jumaat 2 pegilah... rupanya budak2 ni dah ader kayu golf.. patutpun sibuk sruh trun training... minggu pertama main hayun2 kayu dulu, pukul2 angin.. bila dah nampak macam dah terre skit hayun aku diberi bola golf plak... suh aku pkul bola 2.. ape lagi semangat berkobar2 lah... aku hayun... dan trun laju2... buk! bunyi kayu golf aku jatuh... alamak! bukan bola golf yang melambung tapi kayu golf yang melambung. malu nya...... aku buat2 serius, konon2 xpuas hati... jurulatih yang tengok aku dari jauh senyum2.. ade je yang nak kena hempuk nga kayu golf... aku cuba lagi kali ni aku cangkul tanah plak, xder 'secopeng' tanah kat depan aku... tiba2 dengar suara dari belakang... woi! orang bagi kayu golf bukan suh cangkul tanah, pukul bola tu..... telinga aku dah merah... ader jer orang nak makan bola golf tengah hari ni.... apa aku buat semua xkena... tension betul! nampak macam senang, tapi kenapa bola golf aku xjalan2 gak.. ni kan nak melambung jauh.. gerak pun tidak... asyik duk pukul tanah jer... habis tanah botak dibelasah aku..... aku balik dengan perasaan hampa! hampa bukan sebab xboleh pkul bola 2, tapi hampa sebab dikutuk oleh budak2 yang poyo terre padahal dia punya bola pun kalau kena pun depan mata jah. 2 pun nak berlagak, tunjuk xcen... macam bagus!

Monday, April 6, 2009

Dah dekat dah .... xlama dah.....

Wednesday, April 1, 2009

Setelah bergelut dengan permasaalahan yang tiada penghujungnya.. aku berusaha melakukan perkara yang bodoh bagi orang lain dan bagi aku tak akan menyesal jika itu betul dan meyesal jika aku tak melakukannya andai takdir menetukan aku begitu.. Bila permasaalah ini aku ketengahkan pada kakakku, dia beria-ria minta aku ke penang... aku xnak membuang masa yang ada, sebolehnya aku ingin selesaikan secepat mungkin permasaalahan yang menyemak di kepala aku ni. buang jauh2 agar tiada penyesalan walaupun harapan tipis.. Tapi aku puas! Dengan tiada perancangan, aku berangkat ke penang pagi sabtu dalam pukul 11 pagi.. sampai penang pukul 5 petang.. aku tidak dibawa balik ke rumah, tetapi diajaknya aku bersantai di pulau.. Sedikit tenang dan kepalaku ringan memandang laut yang tenang.. bermain dengan keletah anak buah sedikit membuat aku lupa aper tujuan aku ke penang.. Setelah dibangkitkan kembali oleh kakak ku baru aku tahu rupanya aku ke mari menyelesaikan masalah bukan untuk bersantai menikmati keindahan di pulau Aman, Tapi aku puas! Setelah berbincang dan bersoal jawab, aku nampak macam tiada kata putus, lalu aku putuskan sendiri, Ya! aku kena berani... kalau tak sampai bila.....

:// tens sis, walaupun ko xdapat tolong aku, sekurang2nya ko xhalang kehendak aku... ko buat aku senyum sedikit kerana terima seadanya... (peluk kuat2)

Friday, March 27, 2009

cerita-3

Darjah 1.. dengan rambut panjang ikal mayang dekat paras pinggang, dibuat tocang 2 diikat dengan reben... berlari terkedit2 ke sekolah dengan riang tanpa memikirkan masa depan.... yang tahu pergi sekolah belajar dan main dengan kawan2.. Masa 2 pergi sekolah mana tahu azam aper2 pun... bila ditanya nak jadi aper. Doktor, cikgu, polis 2 jer tahu.. Pagi2 ma hantar ke sekolah dengan motor.. dan kisahnya bermula.... stiap kali aku nak ke kelas aku perasan ada abang darjah 5 ni selalu duduk kat situ sampai perhatikan aku... aku ingat... bila time rehat pun sama, bila aku makan dengan kawan dekat mainan abang 2 selalu ader kat situ. memerhati..... xtau lah kalau aku yang perasaan.. hehehehehe... kalu aku xlepak kat tempat permainan dia akan ke kelas aku sambil mmerhati disebalik pintu besar... pernah satu hari aku diganggu.. aku marah2... lama2 aku macam xsedap dipandang sebegitu lantas suatu hari aku balik dengan menangis2 sambil bgitau ma aku nak potong rambut.. puas pujuk last sekali ma terpaksa potong gak... esoknya.... ader lagi.... berdiri disitu sambil memerhati dari jauh.... seminggu dah xnampak kelibat dia... 2 minggu xder jgak..

:// kalu ingat2 balik.... xkan kerana rambut aku diperhati kot? mmmmm..... syok sndri lah 2.

* kepada abang zaki, terima kasih kerana menjadi pemerhati aku...

Thursday, March 26, 2009

kali ini kedatangannya megejutkan aku.. ya! aku terkejut. Hatiku hancur bagai diblander2 untuk dibuat sambal.. Jantungku bagaikan xckup oksigen selepas lemas dari sungai.. tubuhku mengigil seperti baru keluar bermain salji tanpa memakai baju sejuk.. air mataku seperti paip air yang bocor..ya! itulah perasaan aku ketika itu.. setelah aku kerahkan semua kasih sayangku untuk kau, setelah aku berusaha menerima dirimu seadanya... tapi aku dikecewakan lagi... Apa maknanya semua ini? adakah kehadiran aku hanya untuk keseronokan engkau? aku bukan bahan xperimen untuk melihat ketahanan hati aku sekuat mana sebab mmang xkuat pun.. dengan secalit kata2 pun hatiku boleh terguris inikan perbuatan yang hebat ini. Aku memandang tanpa kelu! tanpa kata, hatiku meraung kuat, bergegar jantungku menerima tamparan ini. pelbagai persoalan berkecamuk dalam kepala aku yang sempit ni.. aku rimas. rasa macam nak buang semua biar kosong tapi aku xmampu..

:// Apa lagi yang aku mampu katakan.... tiada kata hanya tangisan....

Tuesday, March 24, 2009

Cerita-2

Aku ada beberapa kisah lawak yang xboleh aku lupa masa sekolah dulu. Kalu korang baca mesti tersenyum walaupun xselucu raja lawak buat show. Ataupun xselawak mr. bean.. Tapi aku hanya sekadar untuk berkongsi cerita yang xberapa lucu ni tapi tetap ingat kat dalam ingatan aku sebab bagi aku ia adalah pengalaman lucu..

kisah 1: Tadika

masa 2 time makan, kami sama2 buat bulatan sebelum makanan diagihkan kepada kami. Xsabar nak tengok menu aper masa 2. Aku senyum riang sbb kuih yang aku suka akan menjadi menu tengah hari kami. kuih kura (cara) dulu aku pangil dia kuih kura sbb bentuk dia dan kaler dia. hehehehe... Masa 2 aku kat belakang rak kasut.. aku bermain2 dengan rak 2, pusing situ pusing sini. intai situ intai sini... makin seronok.. aku mendongak kepala tiba2 rasa macam muat plak rak kasut tu nga kepala aku. aku masukkan lagi... yes! dapat masuk..tersenyum kambing konon2 aku hebat.. tiba2 cikgu panggil, Liza! aku terkejut menyebab kepala aku msuk sampai ke tengkok. aku cntrol malu konon2 nak tengok kasut. Tiba time diaorang nak baca doa makan, aku cuba keluarkan kepala.. xboleh.. aku gelabah, aku cuba lagi... pun xboleh.. masa 2 aku dah panik. aku tarik lagi... makin kuat... rasa telinga aku dah merah.. aku pun nangis. cepat2 cikgu meluru ke tempat aku... "macam mana boleh masuk kepala dalam rak kasut ni azliza" eeee..... macam2 lah, kan xboleh kuar" tangisanku semakin kuat, cikgu terpaksa menarik kepala aku sehingga menyebabkan telinga aku merah.. sakit wooo..... aku makin kuat menangis.. cikgu dan pembantu cuba menarik dan akhirnya berjaya.. 5 minit selepas 2 cikgu gelakkan aku. dia hairan macam mana aku boleh lekat kepala kat rak kasut 2.. aku pun hairan!

:// mmg malulah masa 2, tapi mjur masa 2 kecik lagi...

Kisah 2: Darjah 1

Kisah ni pun lebih kurang yang macam tadika tadi, bezanya kalu dulu masa tadika aku sangut kepala kat rak kasut tapi kali ni punggung aku plak yang lekat kat kerusi. hahahahahaha masa 2 baru smpai sekolah.. biasalah baru2 masuk sekolah, so kami berebut lah tempat duduk.. masa duk berebut 2 ada kerusi yang kedudukannya terbalik. bila syok kami berebut budak 2 pun bertindak agresif sehingga aku jatuh terduduk dalam lubang kerusi yang terbalik tadi. aku cuba bangun tapi xdapat.. aku minta budak 2 tarik aku tapi xboleh gak... aku menangis kuat2 sehingga beberapa orang cikgu datang membantu aku.. beberapa minit adegan tarik menarik berlaku akhirnya dapat gak kerusi 2 tercabut dari punggung aku. geram jer rasa kat budak 2. tapi mujur aku xingat siapa yang menolak.. HUH!

:// memang lucu lah kalu ingat balik

Monday, March 23, 2009

aku kecewa.....

setiap saat air mataku mengalir... mengalir tanpa dipinta. menangisi entah apa ertinya. Aku tertanya2 mengapa begitu hebat aku mengalirkan air mata. mengapa begitu sakit aku rasa. Dah berapa lama aku pendamkan, penahkah kau menghargainya.... Kenapa ko pilih aku jika aku hanya untuk disakiti. mengapa aku sentiasa dilanda masalah yang xpenah hilang... aku kah yang terlalu taksub.. hari ni air mataku magalir lagi... aku hilang punca.. ingin ku lari jauh dari semua, tapi aku xmampu... ya. aku xmampu.. aku terlalu takut kehilangannya kerana harapan yang aku letak padanya terlalu tinggi sehingga aku sndri xdapat untuk mengapainya lagi. Salah aku kah? ya! aku bersalah.. penahkah kau letakkan aku di tempat kau. penah kah kau rasa apa yang aku rasa? penahkah? ya.. aku xtahu....

:// Andai soalan itu diungkit kembali, aku kan jawab YA.

Hari ni aku sibuk

Hari aku sibuk...

1. aku nak kene faks katalog,
2. kene masukkan dalam iklan,
3. kene taip dan simpan dalam fail,
4. kene print menuskrip baru,
5. Kene buat 2 layout
6. Kene baca balik

Sibuk tak? hehehehe walaupun aku boleh siapkan hanya setengah hari tapi yang selebihnya aku akan buat2 sibuk.. Sebelum ni ader aku akan buat keje mcm 2? tak pun.... so, walaupun xterjejas waktu kerja aku, aku akan ckap aku benar2 sibuk. sebab sebelum ni aku banyak membuang masa kat blog... walaupun tengah kerje.

//: walaupun keje 2 xder kene mengena nga aku... aku xkisah.... tapi.... berbaloi tak? hehehehe

Friday, March 20, 2009

Cerita-1

aku ada cerita nak kongsi, masa kecik2 dulu aku ni boleh dikategorikan banyak perangai lah... ma cakap:

Kisah 1: Pantang nampak orang semua aku ikut..

dulu masa kecik2 tepi umah aku ada bangsal untuk proses getah. daripada susu nak jadikan getah keping. korang mesti xtau mcm mana proses susu getah dijadikan susu keping kan? So, golongan yang buat proses ni dulu adalah kaum hawa. dulu2 bila nampak jer mak2 duk bangsal 2 laju jer aku kuar. pas2 tunggu sampai diaorang siap buat kerja. sbb nak ikut diaorang balik umah. kadang2 sampai kena main sorok2 lagi xnak bagi aku ikut.. alahai..... naper lah aku begitu berani sekali. Sekarang kalau balik kampung aku ada 4 MA.
1. my mum
2. Ma Sitah
3. mak jaroh
4. Ma ( wok dir)

Kisah 2 : Pantang marah, pengsan!

Aku ingat lagi ma ada marah kat aku masa aku duk main buai.. tiba2 jer aku xsedar.. masa 2 umur linkungan 5,6 tahun kot! Pas2 kalu aku kuar main ma selalu pesan kat abang dan kakak aku. ikut aku mana nak pergi, tengok2 kan aku apa aku buat, mmmm...... best kan! kadang2 ma cakap aku tersepak batu pun aku boleh pengsan. Tinggikan suara pun boleh pengsan. Sekarang alhamdulillah dah o.k.

Kisah 3: Anak sapo ni?

Yang ni yang aku selalu bengan... Asal abah bawa kami adik beradik kuar ker, pergi umah sedara ker, pergi umah kenduri ker, sedara datang umah ker. ayat yang paling bengan bila tengok aku ialah, Anak saper ni? HELLO... aku ni anak ma nga abah jugak tau... cuma aku xsemontel macam diaorang, xseputih macam adik2 yang lain.. bezanya rambut aku ikal mayang diaorang kerinting. Aku hitam manis (bukan gelap k) diaorang putih, Aku kurus diaorang montel, muka aku ala2 ma, diaorang banyak abah.. 2 jer.. xkan sampai boleh tanya aku ni anak saper? ker ada lagi yang kontra yang aku xtahu erk? mmmmm.... Sampai sekarang pun. dah tua macam ni pun bila aku duk dekat nga ma diaorang tetap akan tanya soalan 2. haihhh aper lah nasibku ni.... Aku ni anak pungut ker? ishh.... cabul mulut... tapi yang pasti aku mmg anak abah...

Kisah 4: anak kesayangan pak sedara aku..

Ni best, walaupun muka aku xsama nga adik2 aku yang lain... tapi aku tetap ada keistimewaan tau! HUH! (kembang kempis hidung) Dulu aku anak kesayangan pak2 sedara aku tau.. sampai ada jumpa ma aku nak ambil jaga aku.. asal ader yang usha jer mesti pak sedara aku yang tunjuk penumbuk.. wah!! bangganya di saat itu.. huhuhu...

Thursday, March 19, 2009

Ini Aku

Possing yang paling latest dari aku...




Ahaksss









My mum... Sayang ma. muahhs.. muahhs.. muahhs..








Anak buah aku yang sama cute nga mak sedara dia.











aku nga adik bongsu (adeq) Senyum memanjang dapat motor sebiji. nyampah!









k.long yang dah xtau mcm mana nak senyum... last skali buat muka xpuas hati. hahahaha







Satu-satunya HERO dalam family aku... tapi manja. tengok tuuuu






Control cun lah 2... padahal masa makan.... huh! xpayah cerita. k.na yang spoting dan kepoh... tunjuk hebat tapi heheheehe

Best Sangat!!

Rasa seronok semalam masih terasa berada dikampung halaman semestinya perkara yang best bagi aku bila bergelar perantau nih. Chewah!!

Banyak perkara yang aku buat kat kampung sementara cuti yang aku ambil beberapa hari...


1. Sambut besday bersama aku, adeq, lisa dan qimie.






















2. Kenduri Khawin member "baik punya"

3. Tahlil dan Maulud (bacaan yasin)












Wednesday, March 11, 2009

Balik kerja makan, mandi, basuh2 baju skit... pah2 keje lagi... keje keje keje keje keje keje keje..
tv xberapa nak tengok, jeling2 cam2 jer.... xde perasaan langsung ketika ini untuk tengok tv apatah lagi nak bermain nga sumo 2.. ko mainlah sorang2 sumo aku bz nih... keje keje keje keje.. alamak! dah pkul 11.. Di depan aku dah rebah menyembah bantal.. xjeles langsung... beberapa minit kemudian nung si sana rebah lagi sorang.. Ish! xboleh jadi nih... Buat2 xnampak... keje keje keje keje... telefon bunyi... hikhihkihik, kekusyukan aku tergugat dek deringan telefon oleh si pemanggil yang mmg duk tunggu.. Tiba2 lupa yang aku ni bz. Aku angkat tepon nga perasaan yang berbung2..Bergayut, berguling2, berbaring, bergolek aku duk cakap.. tengok2 jam 2 pagi... nge.....
aku cepat2 letak tpon dan smbung balik keje tadi.... keje keje keje keje keje keje keje pkul 4. kroh kroh kroh kroh..... pukul 8 pagi alamak keje aku xsiap lagi...

Tuesday, March 10, 2009

Aper aku nak buat ni...

Duduk di kerusi...tekan butang PC... aper aku nak buat erk?!! kerja dah siap.. aper lagi nak buat ni.. buat2 sibuk sambil kemas2 atas meja.. xjumpa gak kerja yang aku nak buat..pusing2 kerusi ntah aper2. usha2 pakwe disebelah. jengok2 di depan cermin.. cari aper ntah. tengok mak cik buat kerja. xkan nak mengulor kot.. macam best.. tapi xbersalah ker? alaaaa... macam xpenah.. mmm... ha ah kan.. aku buka internet... buka blog lagi.. chatting2, dengar radio sambil baca blog orang.. aku suka.. suka baca sbb macam2 cerita yang aku xjangka diaorang duk bercerita dengan macam2 gaya bahasa.. boring lah xder kerja ni... bos silalah bagi kerja kat saya.. jangan seksa saya begini.. akhir bulan mengharapkan gaji.

yea.. yea..

macam2 perasaan aku rasa bila nak balik kali ni... biasa xplak mcm ni, gumbira, bahagia, xsabar2, macam ada smthing jer.... ker ada orang dah masuk pinang aku? ker dah ada abah pinang anak2 saper untuk aku? ker aku yang over xcted ni..... mmg sah! aku yang over.... ma cakap umah dah kena repair... kat mana aku dah tahu cuma xpasti macam mana bentuk rumah aku bila sekian kali direpair lagi... adakah ada tingkap lagi dalam umah aku.. sebab umah aku bertingkap-tingkap. bukan bertingkat-tingkat... buka pintu umah, buka lagi baru tanah... hebatkan... 2 lah kehebatan abah aku... idea yang orang xpenah buat tapi rumah aku mmag mcm 2.... xcayer? jemputlah ke rumah... silakan kalu rasa diperlukan. pas2 ma cakap lagi abah buat tempat parking? parking aper lagi aku pun xtahu... kot2 nak belikan aku keta kot.. hehehehe... sah aku over lagi. dah 2 kalu tak dia nak letak aper buat parking. xkan nak letak CASE dia 2.. mana muat.. pas2 ma cakap lagi abah nak cat umah plak... wah!! ni sah abah dah pinang mana2 teruna untuk aku nih... xsabar betul abah nga maa nih. baru nak bagitau dah stanby semua.. macam tau2 lah... dah xnak pikir dah... sbb aku yang over diaorang xpun.... huhuhhuhu.









- semasa perjalanan ke johor kereta ni meletup, terkejut lah aku.. panik xpayah cakap.. masa 2 salah masuk simpang. Aku dengan yakin mengarahkan fatin masuk ikut yong peng.. fatin macam terpinga2 tapi ikut gak arahan aku sbb aku terlampau yakin. bila check balik hnset kua kua kua salah beb! bukan yong peng lah Simpang rengam. bukan main jauh lagi bunyi. peng nga gam kat belakang 2.. mmg tenat dah aku sekarang ni. keyakinan aku melampaui batas.. Bila syok duk tersadai kat tepi tol tiba2 kereta meletup kat depan dan kuar asap.. jantung aku bagai nak jatuh masa 2.. dengan panik aku nag fatin kuar.. macam orang yang pro aku sruh fatin buka depan. tengok apa jadi.. oooo wayar ni tercabut..tapi xtau plak wayar aper..kesudahan kami pergi bengkel... bila diyakinkan yang wayar 2 hanya sekadar wayar econ, kami teruskan perjalanan dengan kehangatan yang membahang kami. bengang betul...Petang baru smpai umah mmber fatin, 2 pun kami singgah baiki econ lagi... petang kami pergi ayer hitam.. konon nak cari keropok...pusing2 aku tangkap binatang warna pink sekor, macam murah aku rembak lah... pas2 aku beli keropok satu plastik...

Danga Bay


Esok 2 plak kami ke Danga Bay...
Lepak2 sana sambil bersantai di laut.. Tengah syok2 menikmati keindahan petang 2, fatin ajak aku naik bot. aku o.k jer... Kami naik bot pusing2, sambil pusing2, pemandu bot 2 memberi info sedikit sebanyak apa yang ada kat situ seperti penempatan orang asli kat situ.. ikan aper ntah luper plak... alaaaa yang buat fisf ball 2.. hah ikan tu lah.. pah 2 aper lagi erk... mmm ader lagi lah bberapa jenis dan tempat yang ada kat situ yang aku luper.... mana taknya aku terlalu taksub duk bergambar sampai lupe diri.. posing ntah aper2 tapi still control cute.. huhuhuhu.... ada sampai melampaui batas dan kadang2 terbabas. tapi xkisahlah.... aku yang hepi...
kerana dah luper diri tengok2 jam dak pkul 7 lebih.. terkejut gak sebab kalu kat sana pukul 7 tuu dah gelap dah.. Kami bergegas balik ke Simpang rengam bukan Yong Peng. sekarang dah yakin ke mana arah tuju aku..



...........................................nnti aku cntinue .......................................

Monday, March 2, 2009

Minggu pertama-blan 3

Minggu ni aku dan atin dah ada perancangan baik punya!
Kami akan ke JOHOR, tujuan utama adalah atin aku hanya pengikut sebagai peneman setia dia. pemangku driver yang xbertauliah.. boleh ker? balon jer...
nak tunjuk jalan langsung xtahu... so, 2 jer lah alasan yang paling power yang boleh aku beri...
Aktiviti masih lagi dalam perancangan.. xpun on de spot jer kitaorang ni... xkisah janji hati senang...

peristiwa bulan 3

Dah masuk bulan 3 dah, sekejap jer kan? umur pun dah bertambah.. kawan2 pun dah kawin.. anak dah tersusun.. aku? still berlagak macam kanak2 riang.. perasan! keinginan 2 ader... tunggu je lah... perancangan pun dah buat skit2... huhuhu...(setakat amik sijil pra pkhawinan). Bulan 3 ni bagi aku lah bulan yang paling special.... mana taknya.. banyak tarikh bermakna dan bersejarah pada bulan 3 ni...

1. besday ABAH 2.3.1955 (cayang abah)
2. besday Mc'za 14.03.1984 (aku lah ni....)
3. besday BIE 17.03.82 (bucuk)
4. besday Alisya 15.03.2002 (anak menakang)
5. besday Hakimie 7.03.2002 (anak saudara)
6. besday Adeq 18.03.1992 (yang bongsu)
7. Arwah Abang Chik (setahun) 29.03.2008-12.00 tgahri (only one)
8. arwah nenek (2 tahun) 29.03.2007-12.00 tgahmlm
9. pija (mmber baik punya) kawin 14.03.2009


itulah antara yang aku ingat sejarah di bulan 3 ni....
Kepada yang bakal menyambut kelahiran aku dah ada hadiah untuk korang semo...
dan kepada arwah... aku pun dah ada hadiah untuk dia bukan sempena harinya tapi setiap hari aku berikan untuknya semoga berada dikalangan orang-orang yang beriman... AMIN

Sayang ABAH!!

Allah selamatkan kamu.....

Allah selamatkan Kamu.......

Allah selamatkan Abah sayang...............

Allah selamatkan kamu......

yeaaaaa...... hari ni hari jadi abah yang ke -54. semoga abah hepi sokmo, sihat selalu, rajin bekerja, seme2 lah yang baik2 2 aku doakan untuk abah...
miss u.....

:// dah beli hadiah untuk abah dah.... taraaaaa..... abah tunggu k.za tau... ada smthing for u

Saturday, February 28, 2009

BEST nyer!!


Memandangkan budak umah dah booking tiket untuk tgok crta upin dan ipin, Walau baru semalam aku rasa macam nak mati sebab sakit kat pinggang ni, aku gagahkan diri untuk melihat hasil anak melayu buat cerita ni...
lagipun aku dah xcited nak tengok upin dan ipin ni... hehehehehe....

dan.......

Aku puas sangat...best sangat..... walaupun ramai kanak-kanak masa 2 yang macam2 karenah, aku tetap bersemangat tengok cerita diorang.

nanti aku nak belikan untuk simpanan dan bawa balik kampung untuk santapan adik2 aku nuh.. hehehehe