sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
suruh makan aku makan,
suruh tidur xperlu beritahu.
Saturday, May 23, 2009
minggu depan aku balik kelantan. mungkin aku xberkesempatan nak balik umah sebab masa tak mengizinkan aku berbuat demikian. Tapi aku akan balik minggu selepasnya untuk selesaikan perkara yang tertangguh ni.. insyaallah... doa2kan...
mungkin kerana kita leka, seringkali apabila pena terlepas dari genggaman, ucapan 'oopss' mendahului 'ALLAH'. Taktala perut kosong sudah terisi, ucapan 'Ah kenyang' mengatasi 'ALHAMDULILLAH'. Apabila diri terpegun dengan keindahan alam pujian 'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'cantiknya'. Ada masa berita kematian mengunjungi 'kesian ya' terucap juga mengganti 'INALILLAH...' Kadang2 kita terlupa, Kadang2 kita sengaja, Kadang2 kita terbiasa, namun, walaupun kita terbiasa, sengaja, suka atau terbiasa berhatilahagar apabila izrail tiba, Ucapan 'LAILAHAILLALLAH' tetap juara menguasai segala kata.
No comments:
Post a Comment