Friday, January 30, 2009

minta lalu sikit.......



Thursday, January 29, 2009

rasanya baru semalam sampai umah....
kenapa hari ni dah ada k.l?
rasanya baru semalam menatap wajah ma dan abah...
naper hari ni mereka hilang di pandangan?
rasanya baru semalam aku bergurau senda nga adik2 aku....
tapi kenapa hari ni mereka tiada?
baru semalam aku main nga comel dan anak2....
tapi kenapa hari ni aku tidak kedengaran miow an dia?
baru semalam aku pusing2 kampung...
tapi kenapa hari ni aku sudah berada dikesibukan kota?
baru semalam aku makan bersamanya...
kenapa hari ni kena makan sorang2?
kenapa begitu cepat aku melangkah meninggalkan mereka?
kenapa tergamak aku tinggalkan mereka?
perkara yang penting dalam hidupa aku?

Wednesday, January 28, 2009

macam mana ni....!!!

haih.....
.......haih......
...................haih..........
macam mana ni............

na bagitau xnak, nak bagitau xnak, nak bagitau xnak.
bagitau kan.................
kalu aku xbagitau kan.................

serba salah lah mcm ni.......

ko agak2?

Thursday, January 22, 2009

Sampai Syurga

terharu aku dengar lagu ni.....
berulang-ulang kali aku mendengarnya...
some one special bagi lagu ni kat aku.....
sbb tu aku suke hikhikhik
mmg terharu garu lah aku dengar....
macam, dihargai..... huhuhuhu

Monday, January 19, 2009

Situ Sana Sini Sinu lagu tu.....

Naik kereta wani "aku mentari tapi xmenghagatkanmu, aku pelangi tak memberi chy di hdupmu........." 20 kali duk dengar lagu tu.

Naik kereta diana "aku mentari tapi xmenghagatkanmu, aku pelangi tak memberi chy di hdupmu........." pun duk dengar 10 kali lagu 2.

balik umah buka lap top "aku mentari tapi xmenghagatkanmu, aku pelangi tak memberi chy di hdupmu........." dengar berkali-kali lagu 2

Duk ofis buat kerja smbil dengar lagu "aku mentari tapi xmenghagatkanmu, aku pelangi tak memberi chy di hdupmu........." xhenti-henti.

xkisah lah kat mana2 pun janji aku suka lagu 2....
wahhh! lagu 2 membuatkan aku macam bangan jer....
mmm........ aku suka!

Friday, January 16, 2009

liza,bila lagi....!

Korang ader idea tak how aku nak mengelak dari soalan " k.za, bila lagi?" " za ko bila plak nak makan nasi minyak?" "weh! aku dah ada anak dah, ko xteringin ker?" " ma nak tunggu menantu baru ni, bila 2 k.za?"
eeeee..... tensionnya.....
korang ingat aku xteringin ker?
aku nak tau... tapi..........
aarrrrhhhhh (smbil pegang rambut)
minggu dpan nak blik kg. nih....
aihhh.... aper aku nak ckap erk kat orang2 kg yang xsabar nak tgok
haji mat buat kenduri besar-besar kat kg aku 2.
eeeee..... ngeri bila memikirkannya....
mana taknya... dah 7 tahun haji mat xbuat knduri besar,
sedangkan dia ada 4 lagi anak dara.
waaaa....... :( naper msti aku dulu...
bagi lah kat adik2 aku tu....
eh.... xbleh xbleh.... kan xpasal2 cop aku n xde orang nak.
yang lepas dah macam-macam aku auta.

situasi 1 :

my mom : k.za, ma dengar mmber2 k.za semo dah kawin.
mc'za : ha ah, k.za nga mc ja jer dok lagi.
my mom : pah 2 bilo k.za plak, xke xdok lagi kot..?
mc'za : hik hik hik ntah lah ... xdok lagi nih...
my mom : ado orang tanyo k.za, ustaz
mc'za : erk... ustaz? (dlm hati) xse erh.. ma nak ma lah nikoh
my mom : eh.. budok ni....
mc'za : olohhh natu ada doh, cucu ramai doh.. paka lah hak 2 dulu

situasi 2 :

pok sedara : za bila plak?
mc'za : hehehehehehe
pok sedara : laa.... ayah ngah tanya duk sengeh plak.
mc'za : ntah lah ayah ngah... nanti lah dulu...
pok sedara : ksian ko abah tunggu nantu baru
mc'za : huh natu dia ramai doh...

Situasi 3 :

aku nga ma kuar gi umah adik dia

mok sedaro : eh, mok ja nak mari mangil ko?
mc'za : ha ah
mok sedaro : iyoooo.... bilo?
mc'za : bulan 3, g lah umah
my mom : dengar lah dia 2
mc'za : iyer lah tapi xtau lah tahun bila... hehehehehe
mok sedaro : eh... budak ni, ingat ko sungguh.

dan banyak lagi situasi yang bertanya tentang hal itu....
tension tau.....
tanya lah soalan yang boleh aku jawab..
dah mandi ker belum?
dah makan nasi ker?
kan senang nak jawab.....

// aperpun tens lah orang kg ku sbb prihatin kat aku ni. kalu ader anak laki bagitau lah nnti aku g pinang k. heheheheeh





Thursday, January 15, 2009

Ceria ker.....

Ceriakah aku tika ini?
gembirakah aku saat ini?
hepikah aku ketika itu?
heeee...... apa aku mengarut ni.

time ni aku kuar berduet,
bebas menjelajah K.L tanpa sesiapa menghalang.
tanpa sesiapa menyekat.
aku perlukan kebebasan sementara ada,
aku perlu luangkan masa sementara boleh,
aku perlukan teman sementara hidup,
aku perlukan semua....

sekarang aku tidak lagi mengharapkan kegembiraan itu datang selalu.
kerana aku tahu ia bukan selalu milik aku,
kesedihan juga ingin mendampingi aku,
jeles dengan kegembiraan yang aku miliki,
mungkin.......
lalu ia datang, terlalu lama ia mendampingi aku.
sehingga aku tidak mampu berbuat apa lagi,
aku terlalu takut jika kesedihan datang mendampingi aku,
kerana aku hanya makhluk yang kerdil....
aku akan trus dengan kesedihan tanpa belas kasihan.
aku akan mengambil masa yang lama mencari kegembiraan.

biarlah.... pergilah....
disaat aku mampu....
disaat aku disini.....







Tuesday, January 13, 2009

Aku rindu ABAH


tetiba jer air mata aku mengalir tanpa dipinta.... hati aku tersentuh dek terbaca blog member aku yang cerita pasal abah dia... so, aku pun nak luahkan rasa rindu yang amat sangat kat abah aku.
tahun ni umur abah dah masuk 54 tahun... tapi abah masih kuat berkerja. pagi-pagi abah dah keluar rumah untuk mencari sesuap nasi untuk kami adik beradik. bagi aku walaupun abah xmenunjukkan kasih sayang pada kami tapi aku tahu abah seorang abah yang prihatin terhadap kami.


ABAH,
walaupun muka abah serius tapi gelagat abah sentiasa mencuit hati kami adik beradik..
ada jer lawak yang xterfikir dek kami yang abah buat. kami gelak bila abah wat lawak...
sampai ma kadang-kadang tension nga lawak abah 2. hehehehe

ABAH,
Bila ma cakap abah xsihat. kak za rasa takut sangat. memang kita tidak boleh melawan takdir.
Tapi kalu boleh kak za nak abah sihat selalu.... selalu kuat , kak za tahu abah kuat,
abah tabah menghadapi setiap dugaan.

ABAH,
kak za bangga bila orang cakap abah baik, abah pemurah, abah prihatin.
kak za bangga memiliki abah seperti abah. sedaya upaya abah cuba memberi
apa yang termampu pada kami... alhamdulillah rezeki abah melimpah....

ABAH,
Bila rindu mengamit kak za sentiasa menangis kerana rindukan abah...
rindu sangat-sangat. sampai kadang-kadang kak za tidur dengan linangan air mata.
sampai mata bengkak-bengkak.

ABAH,
Kak za banyak bersalah pada abah, macam-macam kak za buat untuk kepentingan diri kak za.
sampai kak za lupe perasaan abah... tapi abah xmudah marah..
bila abah marah abah akan diamkan diri.. ampunkan kak za abah,
kak za terlalu takut bila hati abah terluka dengan perbuatan kak za,
kak za selalu buat abah kecewa. Abah banyak bersabar dengan karenah kami....
Walaupun abah xtunjuk tapi kami tahu abah terlalu sayangkan anak-anak abah...
terima kasih abah......


// nak kemas barang nak balik kg. nak duk nga abah, nak jaga abah... sob sob sob
mana bantal ni..... nak nangis ni... rindu kat abah....

Monday, January 12, 2009

Gara-gara tali pinggang

Hari ini aku rasa nak tersenyum jer....mana takknya... kejadian yang menimpa diri aku serta dua teman ku membuat aku senyum kambing sorang-sorang. Semuanya kerana kesalahan daripada aku... begini ceritanya...

mc'za cute : na lalu ikut jalan ni lah, xjem skit.
Diana Debom : o.k
Atin Vogue : mahalnya tol 2.20 sen

Selepas melepasi tol tersebut....
atin vogue : kak, naper abang kat tol 2 tengok jer......
mc'za cute : sebab kita ni cun kot. hahahahaha

tiba-tiba bunyi siren....

atin vogue : kak polis.... berhenti. patut pun abang tol 2 kita tadi.
diana Debom : Kita ker? aku kena berhenti ker?
mc'za cute : berhenti lah!!
diana debom : alamak ko xpakai tali pinggang.... Habis lah...
Atin vogue : atin pun xpakai gak
mc'za cute : adushhh! aku lupe lah... macam mana ni..
Polis crmin mata hitam besar : dik minta i/c nga lesen, awak berdua bagi i/c.

kami bertiga memberi i/c.

Polis crmin mata hitam besar : dari mana ni?
diana debom : dari USJ hantar kawan?
polis crmin mata hitam besar : tahu tak apa kesalahan kamu?
diana debom : alamak! kawan saya luper pakai tali pinggang lah
mc'za cute : en. soriiii saya betul2 luper......
polis crmin mata hitam besar : dari trafic light lagi saya perhatikan. kat belakang pun xpakai jugak.
atin vogue : en. saya minta maaf...
mc'za cute : en. maaf kan kami, kami janji ni first kami buat silap.... alamak!
polis crmin mata hitam besar : macam ni lah, saya saman awak 2 orang (aku nga fatin). pemandu saya xsaman.
mc'za cute : naper plak nak saman dia. dia xpasang lagi tali pinggang kat blakang.
polis crmin mata hitam besar : ini kereta baru lah mana ader xpasang lagi. nak menipu xpandai.
Diana debom : dah adalah aku jer xbuka lagi. sori en. salah saya. saya yang xbuka lagi
polis crmin mata hitam besar: Pemandu pun cuai saya saman tiga-tiga.
mc'za cute : alaaaaa en. jangan lah saman. ni first kami buat salah. pas ni kami xbuat lagi.
polis crmin mata hitam besar : saya pun kali n jer saman pas ni belum tentu jumpa.

Dipendekkan cerita.....
Kami memulakan pujuk rayu pada polis berdua 2. yang sorang lagi duk menulis jer... huh!
selepas proses rayuan dibuat, polis termakan jugak pujuk rayu kami, tapi kami kena denda lain. Oleh kerana masing-masing dah takut dan lega kerana tak disaman kami setuju jer.

polis crmin mata hitam besar : kalau macam tu, kamu kena belanja saya.
Diana debom : setakat milo ais boleh lah..
polis crmin mata hitam besar : o.k kamu bertiga tulis nama dan no. tepon skali.

kami mengikut jer arahan polis 2... dalam hati geram gak kat mamak ni sorang. mentang2lah dia polis, suka2 hati jer mengarah. HUH!!

Sattle bab hampir disaman 2...
masuk dalam kereta cepat2 kami pasang tali pinggang. pas 2 sama2 gelak...... hahahahaahahaha memang lucu lah saat 2. rasa malu nak ingat balik..

sampai umah kami masih lagi tersenyum kambing..

........................................................................................................................................

Kediaman : rumah taman melawati
jam : 7.00 petang
lokasi : ruang tamu

tut...tut...
mesej aku masuk (mc'za cute lah ).... aku buka dan baca... "hai liza, awak kat mana?" aku merungut depan diana dan fatin.

mc'za cute : eeeeee...... no sape lah plak ni... aku geram betul lah, sejak 2,3 hari ni ada jah no baru mesej aku.
diana debom : mana nak tengok

mc'za cute mnghulurkan mesej pada diana.

diana debom : aku rasalah kan, ni mesti polis yang tadi mesej ko?
mc'za cute : hah! biar betul......

aku reply mesej " saper erk" mesej aku dibalas "papa pun balas dulu mesej ni. xkan dah luper kot yang saya tahan awak bertiga tadi" aku balas lagi " hahahahahaha dah ingat saya mesti ingat kejadian tadi hahahaha"

mc'za cute : betul lah na, mesej polis tadi
diana debom : aku dah agak, kan betul.... dia mesti mesej ko sbb ko punya. 32,22,32..hahahaha

selepas bermesej 2,3 kali aku senyap... malam dia call tanya aku bila nak belanja. huh! polis ni mmg gatal. mujur rupa 2 hensem skit... hehehehe

itulah lebih kurang cerita kami yang ditahan oleh polis 2... memang melucukan. punca sebenar aku ditahan kerana kecuaian aku. Oleh itu jangan luper pakai tali pinggang jika hendak keluar rumah walaupun sedekat mana anda hendak pergi.


moral// mujur aku xpakai tali pinggang tadi, boleh kenal nga polis 2.. ahaks

Nasihat : kalau anda hendak berkenalan dengan polis jangan pakai tali pinggang o.k. gerenti anda akan ditahan. hensem tak bergantung pada keadaan. selamat mencuba!

Saturday, January 10, 2009

aku kah yang bersalah

episod 1

"Xkenal maka xcinta" ungkapan yang selalu didengar, sekarang ungkapan 2 dah xboleh pakai dah oleh golongan remaja yang mabuk cinta ni.... seprti juga Zz (bukan nama sebenar) yang mengalami masalah itu. Mula mengenali Zp (bukan nama sebenar) di tempat awam gara-gara ketinggalan bas untuk menuju ke destinasinya. sebelum zp menunggu turn transpot awam yang lain. zp mmrhati awek cun dari jauh yang cukup manis dan cute pada pandangan matanya. nasib menyebelahinya bila transpot awam yang dinaiki turut dinaiki oleh awek yang diperhati tadi. zp mula berkira-kira, memasang tektik untuk bersuara dan akhirnya menggunakan alasan "dik, bas ni kalau nak ke tuttttttttt berapa minit?" zp memulakan perbualan dengan harapan mengunung agar awek itu membalas pertanyaannya. " dalam 45 minit sampai lah", jawab zz disusuli senyuman manisnya. zp semakin seronok. mungkin dikatakan jodoh or nasib zp kerana ketika itu tiada siapa dalam kenderaan awam itu melain dia, awek cute dan pak cik tua di depan. zp memberanikan diri menukar kedudukannya dengan lebih dekat dengan awek.
" awak nak ke mana malam-malam macam ni naik bas?"
" saya nak ke k.b, belajar kat sana?"
"tak takut ker malam-malam naik bas sorang-sorang?"
"nak takut aper, saya dah biasa macam ni... "
" ooo..... belajar kat mana?"
" kolej jer... ambil graphic design."
" awak plak nak pergi mana" zz bertanya pula pada zp
"saya nak naik k.l, kerje sana"
"oooo.... kerja aper"
" awak agak-agak, tengok pada penampilan saya ni, saya kerja aper"
zz memerhati zp dari atas hingga bawah, dengan potongan rambut yang kemas, zz berkira-kira dalam hati.
" mungkin dia ni polis".....
"awak polis erk..."
mendengar soalan aku zp gelak besar.... sampai pegang perut gelakkan soalan yang zz ajukan pada dia.
" kenapa? nampak macam polis ke saya ni.... "
" ye lah.. kalau tak saya tak cakap plak awak tu polis" suara zz sedikit keras kerana soalan yang ditanya disambut dengan gelak zp.
"tak der lah saya kerja biasa jer.. kerja kilang kat k.l."
"yer ker?" zz tak percaya...
"berapa umur awak?" tanya zp pada zz. "awak agak-agak" tanya zz balik.
"dalam 18/19 kot" teka zp. "yer ker?" zz buat-buat terkejut. zz dah agak, mesti zp akan cakap umurnya 18/19 tahun. bukan zp sahaja yang berkata begitu semua orang yang memandangnya akan cakap umurnya baru habis sekolah. " mana ader saya dah 21 lah" jawab zz dengan selamba.
zp terkejut, mungkin tak percaya... " yer ker? biar betul umur awak 21". " betullah... saya dah 21.. "nama awak?" tanya zp lagi. " saya zz, awak" zz tanya kembali. " saya zp". " dik nak berhenti kat mana?" jerit pemandu bas memandangkan hanya kami berdua sahaja di dalam bas. " abang berhenti kat stesen k.b". jerit zp kembali.
lebih kurang 10 minit, bas berhenti di perhentian k.b, zz dan zp turun bas dan berjalan seiring. zz tengok jam di tangan. " awak dah lambat ni, nnti tertinggal bas plak" zz memberitahu pada zp. zp mengiakan " boleh minta nombor telefon?" pinta zp. zz memberi tanpa banyak soal, baginya tidak salah untuk berkawan. nnti kita jumpa lagi... o.k, elok-elok jalan" pesan zp. mereka terpisah di perhentian bas dan menuju ke destunasi masing-masing.
zz melangkah pantas dengan girang. tiba-tiba dia berasa ada getar di dalam poket jeans, lalu diseluk poket seluar dan keluarkan hanphone. " ada mesej" bisik hati zz. lalu zz membuka pesanan ringkas dari no yang tidak dikenali. " terima kasih sudi temankan saya dan sudi berborak dengan saya, semoga jumpa lagi" zz tersenyum kerana dia tahu siapa yang menghantar mesej tersebut.. zz meneruskan perjalanan dengan hati girang.

Friday, January 9, 2009

Aku Kecewa

mengon : aku kecewa lagi.....
hati : kenapa?
Mengon : suka hati arghhh.........
Ma, abah tolong kak za.....
Rasa nak balik kampung sekarang jugak!
Hati : sekarang?
Mengon : Sekarang lah!!!!
otak : Sabar, jangan terlalu ikut perasaan
hati : balik lah kalu dah xtahan...
kalu aku balik jer... esok kan xkerja...
otak : kalau balik mlm ni lusa dah nak balik sini plak.
mesti penat.
hati : ala.... macam xbiasa berkejar-kejar macam 2.
otak : ala lagi seminggu kan nak balik. sabar jer lah..
Mengon : eeeeeee...... apehal ni, jangan kacau aku....
pergi main jauh2!! aku nak buat kerja ni..
hati :elehh... poyo buat kerja, padahal buat benda lain.
otak : kan ada kerja, siapkan lah
Mengon : weh... boleh tak jangan kacau hidup aku, suka hati aku nak buat ke xnak, debussss....


moral// jangan jadi macam budak mengon 2....kan dah mengon..

Tuesday, January 6, 2009

Kasih Yang Tak dianggap-KERTAS

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
akulah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

reff:
sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

repeat reff

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

repeat reff

Semalam adalah hari makan aku

wahhhh sukanya semalam adalah hari yang akan aku knang sampai 5,6 hari ni....... aku makan, makan dan makan....... naper? xcayer erk..... betul....... aku makan besar semalam. Pagi nak masuk ofis aku dah beli nasi kerabu nga ayam goreng... mmmm best.. xsabar tnggu lunch.. tapi baru pkul 10 perut aku dah xtahan dengan aroma yang boleh meleleh air liur aku ni..... Dengan perasaan yang xbersalah langsung, aku makan...... best! saya suka.... bila dah kenyang hati riang aku mulakan tugasan dengan aman dan damai... errkkk betul ker? balon jer. Time lunch aku ingat dah xmo makan. kenyang konon2 n.... tapi baru jer 10 minit orang kuar lunch aku kuar g cari roti... mkan roti kacang plak.... pun sedap... smbil buat kerja aku makan (jgan tiru aksi ini). balik kerja aku singgah pejabat pos. nak bayar bil tapi ramai orang so aku blah dulu sambil ajak mmber g makan luh. mmmm kali ni aku order kue tiaw sup ( salah eja sori, tulis ikut kuar kut mlut) best gak. makan sampai habis.... memandangkan mmber umah ajak aku kuar jumpa mmber dia, aku ikut tapi niat xnak makan... kenyang gila dah ni.... sampai putrajaya mmber kepada mmber aku 2 ajak masuk umah. dia cakap baru lepas makan... dia pelawa macaroni... aku tolak mentah2 dengan alasan aku xpenah makan macaroni. mmber aku ambil skit buat alas.. bila aku tgok mmber aku makan mcm best aku minta test.. mmmmm sedap, aku amik lagi.... makan, amik plak dan makan.... sedap gak macaroni ni... bila mmber diana dah siap kami lepak kat cyberjaya.. lepak kedai makan padi... aku dengan keyakinan yang tinggi xnak makan order dessert jer... 2 pun cover sbb tempat mkan dia mcm best. mmber aku order nasi goreng dan mmber kepada mmber aku order burger... fries... coleslow, sampai jer order aku terkejut tgok pinggan nasi mmber aku besar weh... serius... aku tgok dia dia pandang gak tgok... "na, biar betul... ko nak makan nasi banyak gila ni....." aku konon2 xnak makan lah 2.. pah2 dia bagi aku test rasa. aku test skit... mmmmm sedap... aku amik skit lagi... skit lagi, lagi dan lagi...... pas2 sampai plak order mmber kepada mmber aku, aku buat xtahu jer sbb kenyang dah..... tapi masa borak aku asyik duk pandang kat fries dia jer... dia pun dah kenyang gak aku pun amik skit mkan, dan amik lagi makan, dan makan lagi.... wahhhh...... keajaiban aper yang aku terima semalam sehingga aku boleh makan sebanyak tu.... sebelum ni perut aku xsehebat ni pun.... aku senyum kekenyang dan menyandar kat kerusi.... balik umah buka lap top jao aku pun tido..... tido ngan perasaan best sekali. ahaks....

Monday, January 5, 2009

3,4 hari yang BEST

31 Disember 2008

wahh!! rindunya.... kalu boleh aku nak "sodok-sodok" kat dia mcm mana comel "sodok" kat aku tanda inginkan belaian, belaian! aku inginkan belaian oh no! itu dah lebeh...
dah sebulan xnampak kelibat dia....
kenapa kepala dia dah besar skit?? ooo.... berat ngan rambut rupanya......
emm..... still sama mcm dulu gak kalu dia xterurus....
kalu dia mengurus diri mesti aku xlepas pandang kat dia. ahaks.....
First jumpa aku kutuk kaw3, smpai dia mati kutu... dek kerana kena tindas kat aku.. puas hati. tapi still rindu....


First time dlm hdup aku, aku nak g tgok bunga api... wah!!! seronoknya rasa nak melompat2 jer atas motor 2..... tapi kene marah. aku diam.... bila nampak bunga api diudara aku lompat lagi sbb lupa kena marah tadi. dia marah plak. Arhh!!! nak lompak gak... heeheehehe dia mengalah dan biarkan aku melompat.HUH!!!

Sattle bab bunga api, aku diam... kalu terus melompat mesti tapak kaki singgah kat muka aku, xpun akan ader yang pandang serong pada aku.... ah pandang lah, kan juling mata bukan salah aku....

mula2 bila drive laju ngeri gak sebab kena cilok dah lah kereta kiri kanan mak oiiii... aku pejam mata rapat-rapat.... aku pegang erat2... aku rasa mcm ader xkene, arhhhh helmet ni telah menutup mata aku.... habis kemek tudung aku....

aku dah mula berani muka mata.... kiri kanan polis.... aper lah korang ni kita orang syok menikmati kelajuan di celah kereta pun salah ker? heheheheehe aku mula berdebar2.... slow kan motor di thap yg paling minimun.... aku guna idea yang xberapa nak pakai, meh aku bawa motor... mesti best.... mula2 agak takut jugak.... smpai orang kat blakang marah2 aku, sabar la oiiii aku yng bawa mtor slow yang ko marah aper hal.... dek kerana bingit nga hon yang kat belakang n dan dengan keberanian yang umpama air dihujung straw aku pecut motor...... waaaaaaa best rupanya....jangan pandang ku sebelah mata, HUH!!


1 januari 2009

Memandangkan duit macam banyak ... aku ajak dia kuar membeli belah... aku beli dia belah, aku beli dia belah, kenalah kuarkan duit sendiri mangkuk hayung punya worang.... satu k.l kami jelajah sampai nak tercabut lutut ni..... wahhh seronoknya...kami beli baju 2,3 pasang, beli sandel, beli jam,makan, makan dan makan...... kami balik dengan hati yang girang..... malam tido awal, penat.... aku perlukan tenaga untuk esok sbb aku kerja.... (macam lah kerja angkat kayu balak.....)

4 januari 2009

kuar lagi dengan pengarang jantung hitam legam.... kali ni kami buat aper erk....errrr blur jap.... ooooo xcdent yang mengugat hubungan kami...... kami gaduh sambil fight2 atas motor... ganas tak aku..... hahahahaha xganas pun sbb fight mlut jer. ahaks... so, aku tekad xmo ckap nga dia hari 2.... huh rasakan..... aku membisu dri pkul 1 smpai pkul 6.... macam hidup xbest sbb aku xgunakan anugrah yang diberikan ni..... nak tanya banyak benda, nak cerita mcam2 tapi aku pendamkan sbb ego yang tinggi mengalahkan pagar zoo negara kat depan umah aku 2...... last sekali kami baik sbb dia dah nak balik. huhuhuhu sedih gak tapi biarlah, mlm karang aku akan tidur dengan tenang sebab selepas ini aku xkan kuar dating lagi...

// suka macam ni, gaduh lebih banyak dari baik, tapi kalu gaduh aku xkan memeningkan kepalanya dengan soalan xlogik dan bila aku senyap muka dia macam tapir sbb bila dia wat lawak tahap gabang pun aku xgelak. debussssss.....

Friday, January 2, 2009

2009

Tahun baru kembali lagi. pejam celik pejam celik aku akan melakar liku-liku hidup yang entah bagaimana coraknya nanti.... yang pasti aku bersyukur dapat melangkah ke tahun baru.

kenangan manis 2008:
  1. aku graduate awal tahun ni....
  2. aku dapat job batter sblum ni.
  3. banyak aku belajar semenjak duk k.l ni
  4. kawan-kawan yang amat spoting dalam smua hal. tens weh!!
  5. sesat di k.l..... hehehehe itu semestinya kalau prantauan mcm aku ni.
kenangan pahit 2008:
  1. Aku kehilangan arwah abang tersayang pada 29.03.2008. tarikh yang sama arwah nenek aku.
  2. kehilangan yang amat dirasai kerana dalam adik-beradik kami, hanya dia yang lelaki. terutama ma aku... aku tak boleh tengok dia, kalau aku tngok dia, aku pun trut nangis. tabahkan hatimu ibu...
  3. kecewa kerana impian aku tak ttnai lagi utk tahun ini. xper mgkin ada hikmah disebalik semua ni.
itulah antara kenangan yg aku ingat...... ntah lah hehehehe. aper2hal SELAMAT DATANG TAHUN 2009