Hari ini aku rasa nak tersenyum jer....mana takknya... kejadian yang menimpa diri aku serta dua teman ku membuat aku senyum kambing sorang-sorang. Semuanya kerana kesalahan daripada aku... begini ceritanya...
mc'za cute : na lalu ikut jalan ni lah, xjem skit.
Diana Debom : o.k
Atin Vogue : mahalnya tol 2.20 sen
Selepas melepasi tol tersebut....
atin vogue : kak, naper abang kat tol 2 tengok jer......
mc'za cute : sebab kita ni cun kot. hahahahaha
tiba-tiba bunyi siren....
atin vogue : kak polis.... berhenti. patut pun abang tol 2 kita tadi.
diana Debom : Kita ker? aku kena berhenti ker?
mc'za cute : berhenti lah!!
diana debom : alamak ko xpakai tali pinggang.... Habis lah...
Atin vogue : atin pun xpakai gak
mc'za cute : adushhh! aku lupe lah... macam mana ni..
Polis crmin mata hitam besar : dik minta i/c nga lesen, awak berdua bagi i/c.
kami bertiga memberi i/c.
Polis crmin mata hitam besar : dari mana ni?
diana debom : dari USJ hantar kawan?
polis crmin mata hitam besar : tahu tak apa kesalahan kamu?
diana debom : alamak! kawan saya luper pakai tali pinggang lah
mc'za cute : en. soriiii saya betul2 luper......
polis crmin mata hitam besar : dari trafic light lagi saya perhatikan. kat belakang pun xpakai jugak.
atin vogue : en. saya minta maaf...
mc'za cute : en. maaf kan kami, kami janji ni first kami buat silap.... alamak!
polis crmin mata hitam besar : macam ni lah, saya saman awak 2 orang (aku nga fatin). pemandu saya xsaman.
mc'za cute : naper plak nak saman dia. dia xpasang lagi tali pinggang kat blakang.
polis crmin mata hitam besar : ini kereta baru lah mana ader xpasang lagi. nak menipu xpandai.
Diana debom : dah adalah aku jer xbuka lagi. sori en. salah saya. saya yang xbuka lagi
polis crmin mata hitam besar: Pemandu pun cuai saya saman tiga-tiga.
mc'za cute : alaaaaa en. jangan lah saman. ni first kami buat salah. pas ni kami xbuat lagi.
polis crmin mata hitam besar : saya pun kali n jer saman pas ni belum tentu jumpa.
Dipendekkan cerita.....
Kami memulakan pujuk rayu pada polis berdua 2. yang sorang lagi duk menulis jer... huh!
selepas proses rayuan dibuat, polis termakan jugak pujuk rayu kami, tapi kami kena denda lain. Oleh kerana masing-masing dah takut dan lega kerana tak disaman kami setuju jer.
polis crmin mata hitam besar : kalau macam tu, kamu kena belanja saya.
Diana debom : setakat milo ais boleh lah..
polis crmin mata hitam besar : o.k kamu bertiga tulis nama dan no. tepon skali.
kami mengikut jer arahan polis 2... dalam hati geram gak kat mamak ni sorang. mentang2lah dia polis, suka2 hati jer mengarah. HUH!!
Sattle bab hampir disaman 2...
masuk dalam kereta cepat2 kami pasang tali pinggang. pas 2 sama2 gelak...... hahahahaahahaha memang lucu lah saat 2. rasa malu nak ingat balik..
sampai umah kami masih lagi tersenyum kambing..
........................................................................................................................................
Kediaman : rumah taman melawati
jam : 7.00 petang
lokasi : ruang tamu
tut...tut...
mesej aku masuk (mc'za cute lah ).... aku buka dan baca... "hai liza, awak kat mana?" aku merungut depan diana dan fatin.
mc'za cute : eeeeee...... no sape lah plak ni... aku geram betul lah, sejak 2,3 hari ni ada jah no baru mesej aku.
diana debom : mana nak tengok
mc'za cute mnghulurkan mesej pada diana.
diana debom : aku rasalah kan, ni mesti polis yang tadi mesej ko?
mc'za cute : hah! biar betul......
aku reply mesej " saper erk" mesej aku dibalas "papa pun balas dulu mesej ni. xkan dah luper kot yang saya tahan awak bertiga tadi" aku balas lagi " hahahahahaha dah ingat saya mesti ingat kejadian tadi hahahaha"
mc'za cute : betul lah na, mesej polis tadi
diana debom : aku dah agak, kan betul.... dia mesti mesej ko sbb ko punya. 32,22,32..hahahaha
selepas bermesej 2,3 kali aku senyap... malam dia call tanya aku bila nak belanja. huh! polis ni mmg gatal. mujur rupa 2 hensem skit... hehehehe
itulah lebih kurang cerita kami yang ditahan oleh polis 2... memang melucukan. punca sebenar aku ditahan kerana kecuaian aku. Oleh itu jangan luper pakai tali pinggang jika hendak keluar rumah walaupun sedekat mana anda hendak pergi.
moral// mujur aku xpakai tali pinggang tadi, boleh kenal nga polis 2.. ahaks
Nasihat : kalau anda hendak berkenalan dengan polis jangan pakai tali pinggang o.k. gerenti anda akan ditahan. hensem tak bergantung pada keadaan. selamat mencuba!
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment