Tuesday, January 13, 2009

Aku rindu ABAH


tetiba jer air mata aku mengalir tanpa dipinta.... hati aku tersentuh dek terbaca blog member aku yang cerita pasal abah dia... so, aku pun nak luahkan rasa rindu yang amat sangat kat abah aku.
tahun ni umur abah dah masuk 54 tahun... tapi abah masih kuat berkerja. pagi-pagi abah dah keluar rumah untuk mencari sesuap nasi untuk kami adik beradik. bagi aku walaupun abah xmenunjukkan kasih sayang pada kami tapi aku tahu abah seorang abah yang prihatin terhadap kami.


ABAH,
walaupun muka abah serius tapi gelagat abah sentiasa mencuit hati kami adik beradik..
ada jer lawak yang xterfikir dek kami yang abah buat. kami gelak bila abah wat lawak...
sampai ma kadang-kadang tension nga lawak abah 2. hehehehe

ABAH,
Bila ma cakap abah xsihat. kak za rasa takut sangat. memang kita tidak boleh melawan takdir.
Tapi kalu boleh kak za nak abah sihat selalu.... selalu kuat , kak za tahu abah kuat,
abah tabah menghadapi setiap dugaan.

ABAH,
kak za bangga bila orang cakap abah baik, abah pemurah, abah prihatin.
kak za bangga memiliki abah seperti abah. sedaya upaya abah cuba memberi
apa yang termampu pada kami... alhamdulillah rezeki abah melimpah....

ABAH,
Bila rindu mengamit kak za sentiasa menangis kerana rindukan abah...
rindu sangat-sangat. sampai kadang-kadang kak za tidur dengan linangan air mata.
sampai mata bengkak-bengkak.

ABAH,
Kak za banyak bersalah pada abah, macam-macam kak za buat untuk kepentingan diri kak za.
sampai kak za lupe perasaan abah... tapi abah xmudah marah..
bila abah marah abah akan diamkan diri.. ampunkan kak za abah,
kak za terlalu takut bila hati abah terluka dengan perbuatan kak za,
kak za selalu buat abah kecewa. Abah banyak bersabar dengan karenah kami....
Walaupun abah xtunjuk tapi kami tahu abah terlalu sayangkan anak-anak abah...
terima kasih abah......


// nak kemas barang nak balik kg. nak duk nga abah, nak jaga abah... sob sob sob
mana bantal ni..... nak nangis ni... rindu kat abah....

No comments:

Post a Comment